Sign In & Ucapan Salam Anda ......

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru
Moga-moga ilmu yang dicurahkan ada berkatnya... Amin

Monday, August 31, 2009

***** BAZAR RAMAHDAN SG. BESAR SELANGOR ****

Nak cerita tentang Bazar Ramadhan Sg. Besar, bolehlah di katakan seperti bazar-bazar di tempat lain..Dibuka setahun sekali dalam bulan puasa.. Berbagai lauk pauk, kueh, air minuman, buah-buahan dan sebagai nya dijual untuk memenuhi selera manusia yang kelaparan berpuasa.
Kita saksikan lah lensa kemera saya merakam juadah berbuka puasa dan sebahagian daripada
peniaga-peniaga di Bazar Ramadhan ini.
Kambing panggang/bakar harganya RM 5.00... boleh tahan...
Kambing panggang.. Kalau nak beli kena berbaris dan menunggu giliran sehingga 15 -20 minit.
Paling mendapat sambutan. ERMMM.. Saya dah cuba.. Memang menyelerakan..Tak caya..cuba beli..


Ikan bakar/ayam panggang tidak kurang peminatnya dan mendapat sambutan yang menggalakkan juga.



Air minuman yang dijual dan gambar 2 orang sahabat yang melepak kat gerai minuman...

Apa pun juadah yang kita beli... hendaklah dibeli mengikut keperluan. Jangan mengikut hawa nafsu dan membazir. Kalau ikutkan nafsu semua nak dimakan.. Kalau ada jual sup kepala gajah pun pasti nak dibeli juga.Ingatkan puasa ini sebenarnya mengajar kita erti kelaparan yang di rasai/alami oleh orang-orang yang tidak bernasib baik/miskin atau yang tidak mempunyai makanan untuk dimakan... Moga-moga kita tidak tergolong dalam kategori orang-orang yang melampau terhadap makanan ini... Amin..

Sunday, August 30, 2009

***** RAMADHAN YANG KUCINTAI*****

l

Al Quran, Surah Al Baqarah Ayat 183 Yang bermaksud... Wahai orang-orang yang beriman, Diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.


Antara ahli panel forum

Ayat ini menjelaskan supaya orang-orang yang beriman diperintahkan berpuasa pada bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat banyak keistimewaannya yang dikurniakan Allah kepada umat manusia. Maka kita sebagai hambaNya MESTI lah merebut peluang sebanyak-banyaknya untuk melakukan ibadah wajib dan sunat pada bulan ini.

Pengagihan bubur lambuk
Bercerita tentang bulan Ramadhan ini.. berbagai-bagai aktiviti yang boleh dicoretkan untuk renungan dan iktibar. Di masjid Makmuriah Sg. Besar berbagai aktiviti diadakan seperti tadarus Al Quran, Majlis berbuka puasa, bubur lambuk, tazkirah zuhur, sebelum solat tarawih dan subuh, qiyammulail dan sebagainya. Semuanya diadakan semata-mata untuk menggandakan amalan dalam bulan Ramadhan ini.

Bubur Lambuk
Saya mengingatkan diri saya dan rakan-rakan supaya ambillah kesempatan untuk menggandakan amalan di dalam bulan yang mulia ini. Moga-moga amalan kita ini diterima oleh Allah SWT.. Amin.

Saturday, August 29, 2009

***** KEBAKARAN PADA MALAM 5 RAMADHAN *****

Pada saat jemaah Masjid Makmuriah Sg. Besar melaksanakan solat tarawih pada rakaat yang ke 10,tendengar letupan dan api yang marak betul-betul di hadapan masjid yang jaraknya lebih kurang 800 meter. Rupa-rupanya berlaku kebakaran rumah ahli kariah masjid tanpa diduga oleh penghuni rumah berkenaan.

Apabila selesai solat tarawih, para jemaah termasuk saya bergegas ke tempat kebakaran ingin mengetahui perkara ini dengan lebih lanjut lagi. Di tempat kebakaran api sudah pun padam yang mana terdapat 2 kenderaan bomba dan anggota bomba memadamkan saki baki api yang belum padam.

Kebakaran ini melibatkan 7 buah rumah teres kayu penduduk Lorong Cempaka bersebelahan Sek. Ren. Seri Utama Sg Besar.Ia berpunca dari litar pintas di salah sebuah rumah berkenaan. Mangsa yang terlibat terdiri dari 6 keluarga melayu dan 1 keluarga India. Saya mengucapkan takziah keluarga yang ditimpa musibah ini dan bersabar dengan dugaan dari Allah Taala.

Tuesday, August 18, 2009

**** IKUT RESMI PADI MAKIN TUNDUK MAKIN BERISI****


















ERMMM... Bak kata pepatah melayu "Ikut resmi padi makin tunduk makin berisi"... itulah bidalan kata orang melayu dahulu. Maksudnya Orang banyak ilmu /berilmu.. semakin tinggi ilmunya semakin ia merendah diri.. Bukannya bermegah dengan ilmu yang dimilikinya...
Padi menguning sedia dituai

Apa yang saya nak cerita pada kali ini berkenaan hasil padi yang merupakan sumber pendapatan utama penduduk kampong saya di daerah Sabak Bernam ini. Mereka bekerja menanam padi, kiranya bersawah.. kalau dahulu masa saya masih kecil semuanya dilalukan secara manual. Tetapi sekarang ni semuanya dilalukan menggunakan mesin iaitu dari meracun rumput dan serangga, membajak dan menuai hasil padi.

Buah padi


Ini yang dinamakan perkembangan teknologi. Ini disebabkan belia-belia kampong sudah tidak ada( Tidak ramai). Mereka berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan yang lebih baik daripada menanam padi di sawah. Yang ada hanyalah warga tua yang menghabiskan sisa-sisa tua. Maka dengan menggunakan teknologi baru ini dapat meringankan warga tua untuk menghasilkan bahan makanan utama negara iaitu beras.



Padi dituai oleh mesin padi

Pada masa sekarang.. kerajaan banyak membantu petani-petani untuk meningkatkan hasil pengeluaran padi. Subsidi racun rumput dan serangga, subsidi baja dan subsidi membajak sawah serta subsidi hasil jualan padi diberikan kepada petani untuk mengurangkan kos yang amat tinggi untuk menyelenggara penanaman padi. Semuanya diberikan untuk mengawal peningkatan harga beras. Sekiranya harga padi meningkat maka harga beras akan meningkat juga. Ini akan memberikan kesan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Padi dituai dipindahkan ke lori untuk dijual

Petani-petani kampong saya, mengucapkan syukur kerana harga padi pada musim ini boleh dikatakan tinggi iaitu sekitar RM 1340.00 sehingga RM 1400.00 setan matrik. Dengan itu petani-petani dapatlah hasil yang lebih dari musim-musim yang lepas dan pendapatan mereka agak meningkat. Bolehlah menyambut hari raya pada tahun ini dengan lebih bergaya...
Keadaan sawah selepas padi dituai

Saya yang mengusahakan sawah padi dengan keluasan lebih kurang 8 ekar mendapat pendapatan yang agak lumayan iaitu sebanyak 17.3 tan metrik disamping rezeki setiap bulan. Syukur Alhamdulillah saya panjatkan kepada Allah SWT dengan rezeki yang dilimpahkan kepada saya. Moga-moga dengan rezeki ini saya dapat mengimfakkan rezeki ini ke jalan yang diredhai Nya. Amin!!!...

Wednesday, August 12, 2009

**** SUKAN TAHUNAN SMK. SG BESAR ***

Pada 1 Ogos 2009 berlangsungnya sukan tahunan SMK. Sg Besar. Tahun ni sukan tahunan diadakan di luar musim iaitu pada bulan ogos. Biasanya sukan diadakan pada AWAL tahun. Walau bagaimanapun meriah nya tetap ada... Pelajar-pelajar dan guru-guru bersemangat untuk menjayakan sukan tahunan ini.. Saksikan lah lensa saya merakam detik-detik bersejarah ini.....



















Candid guru-guru bertugas...




















Sebelum cara pembarisan ...
















Sebahagian acara yang dipertandingkan..

Apa-apa pun sukan tahunan ini sungguh meriah lah daripada sukan paralempik... hehehee...




Google Maps

background