Sign In & Ucapan Salam Anda ......

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru
Moga-moga ilmu yang dicurahkan ada berkatnya... Amin

Sunday, February 28, 2010

*****MAULIDUR RASULULLAH-SAYANGKU PADA NABIKU...

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASULULLAH


Diriwayatkan pada suatu hari, sedang baginda S.AW terbaring sakit di dalam biliknya, tiba-tiba datang seorang lelaki memberi salam " Bolehkah saya masuk? "

Beliau bertanya kepada Fatimah yang ada di situ. Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk. " Maaf, ayahku sedang sakit," kata Fatimah, dan menoleh ke belakang dan menutup pintu.Dia kembali kepada bapanya, Nabi Muhammad S.A.W. Dan baginda membuka mata dan bertanya, "Siapa yang datang wahai anakku?"

"Saya tidak tahu wahai ayahku. Ini pertama kalinya saya melihat dia," tutur Fatimah lembut."Ketahuilah satu perkara. Dia adalah orang yang menghapuskan kenikmatan sementara. Dialah juga yang memisahkan setiap pertemuan di dunia ini. Dia adalah Malaikat Maut," kata Rasulullah S.A.W.

Fatimah menunduk lalu menangis.Malaikat Maut lalu datang kepada baginda, tetapi Rasulullah S.A.W bertanya mengapa Jibrail tidak datang bersamanya.Kemudian Rasulullah menatap puterinya dengan pandangan gementar, seolah-olah ia ingin bernostalgia tentang setiap bahagian daripada raut wajah puterinya itu.

Kemudian Jibrail dipanggil. Dan ternyata Jibrail sudah bersedia untuk menyambut roh seorang nabi dan juga pemimpin sekelian alam. "Wahai Jibrail, jelaskan kepadaku tentang hak-hak saya di hadapan Allah?” Rasulullah bertanya dengan suara yang sangat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat sedang menunggu untuk menyambut rohmu. Semua syurga terbuka luas menunggu kamu".

Kata Jibrail.Namun, ternyata semua jawapan itu tidak membuat Rasulullah s.a.w lega. Matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senangkah mendengar khabar ini?" tanya Jibrail."Ceritakan kepadaku bagaimana nasib Ummatku di masa depan?". Tanya Rasulullah lagi."Jangan bimbang, wahai Rasulullah. Aku mendengar Allah s.w.t berkata:" Aku membuat Jannatul haram bagi semua orang, kecuali umat Muhammad, " kata Jibrail.Tatkala itu, masa untuk Malaikat Izrail melakukan pekerjaannya menjadi lebih dekat dan semakin hampir. Perlahan-lahan nyawa Rasulullah s.a.w ditarik.

Tampak tubuh baginda s.aw berpeluh penuh keringat dan urat lehernya menegang."Jibrail, betapa menyakitkan bila nyawa ditarik!" Rasulullah saw mengucapkan perlahan-lahan kepada Jibrail sambil mengerang. Fatimah memejamkan mata, Ali duduk di sampingnya membungkuk terkelu. Dan Jibrail memalingkan wajahnya ketepi.

"Adakah engkau jijik melihatku sehingga memalingkan wajahmu wahai Jibrail?”. Rasulullah bertanya kepada Malaikat Jibrail. "Siapalah yang sanggup melihat kekasih Allah menghadapi sakratul maut?" kata Jibrail."Berhenti seketika," kemudian Rasulullah s.a.w berkata dlm keadaan mengerang kerana sakit yang tidak tertahan. "Ya Allah betapa besar sakartul maut ini. Himpunkanlah semua rasa sakit yang akan dihadapi oleh umatku ini dan bebankanlah ia kepadaku. Tetapi jangan kau rasakan kesakitan ini kepada meraka.”Tubuh Rasulullah saw menjadi dingin, kaki dan dadanya tidak bergerak lagi.

Dengan berlinangan air mata, Bibirnya bergetar seakan-akan dia ingin mengatakan sesuatu. Ali merapatkan telinganya dekat dengan Rasulullah s.a.w, lalu baginda berkata "Uushiikum bissalahti, wa maa malakat aimanukum" ("Peliharahlah sembahyang dan peliharalah orang-orang yang lemah di antara kamu.")

Di luar bilik, terdengar tangisan, masing-masing berteriak kuat. Sahabat saling berpelukan. Fatimah menutup wajahnya dengan tangan.

Sekali lagi, Ali memuat dekat telinganya kepada Rasulullah s.a.w dan dengan mulut yang mulai kebiruan, dan air mata bergelinang di matanya, baginda berkata: "UMMATI! UMMATI! UMMATI!" (Ummatku! Ummatku! Ummatku!) lalu baginda menghembuskan nafasnya yang terakhir.....

Betapa dalamnya cinta Rasulullah saw kepada kita sebagai umatnya. Sehingga ke hembusan nafas baginda yang terakhir, baginda masih mengingati dan risau akan nasib ummatnya.. Namun adakah kita sedar akan cinta ini?

Marilah bersama-sama kita sedar untuk mencintai Allah s.w.t dan Rasulnya s.a.w sebagai mana kasih dan sayangnya Allah s.w.t dan Rasullullah s.a.w kepada kita..

Janganlah bimbang jika ada orang yang benci dan tidak senang kepada kamu. kerana ramai lagi orang lain yang akan menyayangi dan mengasihimu.. Tetapi bimbanglah jika Allah tidak senang kepadamu.Kerana tidak ada yang lain selepas itu yang akan menyayangi dan mengasihimu, di dunia dan di akhirat..

"Allahumma shalli wasallim ‘ala Muhammad wa’ala aalihi wa ashabihi ajma’ien”

1 comment:

  1. Arai babanar tahaga kulaan di sini.

    Cikgu pencen urang Sg Tungku, Teluk Intan, Perak

    Sudi2 mengilangi blogcikgu pencen

    ReplyDelete

Google Maps

background