Sign In & Ucapan Salam Anda ......

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru
Moga-moga ilmu yang dicurahkan ada berkatnya... Amin

Thursday, June 24, 2010

**** SELAMATKAN GAZA MATLAMAT KITA *****

Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi: Mesir


Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid. Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran... "Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.

Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine … Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!! Memang sekutu kuat Amerika and Israel . (Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)

Gaza ( Palestine )



Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…Belah Fatah ada kasino! Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !
Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni). Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.
Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim….) Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..

Hamas

Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime.
Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu! Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel …punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.

Hamas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!! Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.

Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.. Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..


Israel

Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.
Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...

Rakyat Palestine


Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan. Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!
Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de. Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!

Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there…Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah. Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.

Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel .
So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..

Wasalam.

Thursday, May 20, 2010

***** MATI ****



Gambar diambil sesama jenazah sampai ke masjid Sri Petaling




Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah . Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.

Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahaja solat Asar berakhir.

Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memang terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan
dia seperti masih hidup.

Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketika menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.

Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid. Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.

Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan
berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama. Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran
pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester
panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.

Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.

Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? Adakah telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? sama-sama kita renungkan.

(Jenazah di sembahyang untuk kali ke dua di masjid Maknuriah Sungai Besar selepas solat Maghrib dan di kebumikan di tanah perkuburan Majsid Makmuriah Sg Besar)

Saturday, May 1, 2010

**** UGUTAN BUNUH TUAN GURU NIK AZIZ OLEH PEMUDA UMNO *****

Catatan oleh : Hermansamsuden


Saya terkejut membaca Facebook saya hari ini. Rakan-rakan facebook memaklumkan bahawa seorang pemuda Umno mengugut untuk membunuh Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz.Mohd Safuan Hilmi, 24 yang mengaku graduan UiTM dan kini bekerja di Syarikat Prasarana Negara Berhad membuat ugutan mahu membunuh Nik Aziz dalam komennya di satu wall perbincangan dalam facebook. ''Belum lengkap lagi sebab seekor lagi barua tak mati iaitu Nik Aziz. Tunggu aku pi bunuh Nik Aziz dulu baru lengkap. Setan tu tak layak duduk kat muka bumi ni lagi''


“Senang bunuh orang. Tikam jer. Aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz al Dajal tu”….begitulah kata-kata biadap pemuda Umno ini.

Saya minta pimpinan PAS khususnya PAS kelantan dan Tok Guru Nik Aziz sendiri membuat laporan Polis. Ini adalah satu perkara yang serius kerana jelas, Umno telah merosakan pemikiran generasi muda dan menjadikan ugutan bunuh sebagai permainan biasa. Umno harus bertanggungjawab kerana melahirkan makhluk sebiadap ini.


Saya dapati laman Facebook beliau sudah ditutup…tapi ini maklumat yang saya sempat ambil. Harap disiasat kerana kita tidak boleh memadang kecil hal ini. Kalau dibiar, nanti lebih ramai yang besar kepala dan buat ugutan serupa.

Biodata : Mohd Safuan Hilmi (Pemuda UMNO)

Komen saya... Mangkok la die nih...bodoh tak bertempat !!!!...

Tuesday, April 27, 2010

**** CINTA 14 FEB ****

cinta 14 FEB

A dik...cuma nak tanya ibu, kenapa begini jadinya? cinta Feb
Bu, adik Cuma ingin bertanya…

Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya. ..

Ibu ingat 14 feb tak
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu

Benarkah bu?


Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu

Benarkah bu?


Ibu terkhayal dengan bujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?


Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?

Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...
tapi benarkah bu?

Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?

Mengapa ibu?
Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan?

Benarkah ibu?
Benarkah begitu?


adik cuma nak tanya je bu.....

Ehsan kulaan kayuh baimbai blogspot .


Sunday, April 18, 2010

**** SELIDIKI DAHULU SEBELUM MEMBUAT TINDAKAN *****

AKU terharu baca tulisan nie.....jem kejap jiwa aku...
.we must always bersyukur....
never forget that....never....
Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah.
Sebuah kisah yang saya paparkan ini berkali-kali saya ulangi dari kisah
benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Ceritanya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat.

Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih datang lambat juga keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat.

Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan.
Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.
Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi.
Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintip ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya.

Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu
sambil menahan airmata yang mula tergenang.
“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh.
Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”

Dia terkejut dan wajahnya berubah.
“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain.
Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.”
Jawabnya “Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”
” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang.
Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu,
“Maafkan cikgu, …….”

Kejadian itu cukup menginsafkan saya.
Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.
Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras.
Kata seorang guru,
sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;
i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah.

Monday, March 1, 2010

***** ANALISIS KEPUTUSAN STPM 09 YANG CEMERLANG***

TAHNIAH !!!... Kepada semua anak murid saya yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan STPM 09 yang diumumkan baru-baru ini. Saya sebagai pendidik hanya menumpang gembira di atas kejayaan anda. Semuanya bermula dengan hasil usaha anda. Siapa yang berusaha bersungguh-sungguh merekalah yang berhak mendapat hasilnya cemerlang. Kami guru-guru hanya memberi tunjuk ajar dan motivasi.. selebihnya adalah usaha pelajar-pelajar sendiri.

Analisa keputusan STPM 09 amat memberangsangkan dimana keputusan 100% pelajar lulus. Begitu juga terdapat beberapa subjek mata pelajaran mendapat keputusan 100% iaitu bagi mata pelajaran Fizik, Biologi dan selain daripada itu beberapa mata pelajaran menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Di antaranya ialah mata pelajaran Pengajian Perniagaan (96.88%), Sains Sukan (94.44%), Sejarah (92.86%), Pengajian Am (91.76%) dan lain-lain subjek.

Analisis untuk subjek Pengajian perniagaan( subjek yang saya ajar bersama Pn. Ahdah) seramai 18 pelajar mendapat A, 18 pelajar mendapat B, 16 pelajar mendapat C dan 2 pelajar gagal F daripada 64 calon yang mengambil mata pelajaran ini. Gred purata 2.94. Manakala jumlah pelajar yang mendapat 5 prinsipal seramai 31 dan 4 prinsipal seramai 34 orang pelajar.

Disini saya senaraikan nama-nama pelajar saya yang mendapat keputusan cemerlang ini.
1. LI SIN EE 4A
2. NOR UMIRAH BT TOKIMAN 3A2B
3. AZLAILI BT AMER 2A3B
4. SITI NURUS SUFIA BT MD SOBARI 2A3B
5. TAN HOI GIA 3A1C
6. MUHAMAD NOR FADHIL SOHAIMI 2A 3B
7. NOR FAZILAH BT MOH DAUD 2A 2B 1C
8.NOR SYAZWANI BT HAMSAN 2A 2B 1C
9. KHAIRIYAH BT PUAD 2A 2B 1C
10. MOHD SYAMIN ISMAIL B MOHD SABARI 2A 2B 1C
11. SHAHRU AZNIZA MOHD SHAMSUDIN 2A 2B 1C

Inilah diantara pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang. Moga-moga mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT. Kepada pelajar-pelajar yang kurang berjaya saya nasihatkan supaya berfikir untuk melakukan perkara-perkara memberikan kebaikan kepada diri sendiri dan untuk kebaikan kehidupan pada masa akan datang. kegagalan pertama tidak bermakna gagal untuk selama-lamanya.. sekian...

Sunday, February 28, 2010

*****MAULIDUR RASULULLAH-SAYANGKU PADA NABIKU...

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASULULLAH


Diriwayatkan pada suatu hari, sedang baginda S.AW terbaring sakit di dalam biliknya, tiba-tiba datang seorang lelaki memberi salam " Bolehkah saya masuk? "

Beliau bertanya kepada Fatimah yang ada di situ. Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk. " Maaf, ayahku sedang sakit," kata Fatimah, dan menoleh ke belakang dan menutup pintu.Dia kembali kepada bapanya, Nabi Muhammad S.A.W. Dan baginda membuka mata dan bertanya, "Siapa yang datang wahai anakku?"

"Saya tidak tahu wahai ayahku. Ini pertama kalinya saya melihat dia," tutur Fatimah lembut."Ketahuilah satu perkara. Dia adalah orang yang menghapuskan kenikmatan sementara. Dialah juga yang memisahkan setiap pertemuan di dunia ini. Dia adalah Malaikat Maut," kata Rasulullah S.A.W.

Fatimah menunduk lalu menangis.Malaikat Maut lalu datang kepada baginda, tetapi Rasulullah S.A.W bertanya mengapa Jibrail tidak datang bersamanya.Kemudian Rasulullah menatap puterinya dengan pandangan gementar, seolah-olah ia ingin bernostalgia tentang setiap bahagian daripada raut wajah puterinya itu.

Kemudian Jibrail dipanggil. Dan ternyata Jibrail sudah bersedia untuk menyambut roh seorang nabi dan juga pemimpin sekelian alam. "Wahai Jibrail, jelaskan kepadaku tentang hak-hak saya di hadapan Allah?” Rasulullah bertanya dengan suara yang sangat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat sedang menunggu untuk menyambut rohmu. Semua syurga terbuka luas menunggu kamu".

Kata Jibrail.Namun, ternyata semua jawapan itu tidak membuat Rasulullah s.a.w lega. Matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senangkah mendengar khabar ini?" tanya Jibrail."Ceritakan kepadaku bagaimana nasib Ummatku di masa depan?". Tanya Rasulullah lagi."Jangan bimbang, wahai Rasulullah. Aku mendengar Allah s.w.t berkata:" Aku membuat Jannatul haram bagi semua orang, kecuali umat Muhammad, " kata Jibrail.Tatkala itu, masa untuk Malaikat Izrail melakukan pekerjaannya menjadi lebih dekat dan semakin hampir. Perlahan-lahan nyawa Rasulullah s.a.w ditarik.

Tampak tubuh baginda s.aw berpeluh penuh keringat dan urat lehernya menegang."Jibrail, betapa menyakitkan bila nyawa ditarik!" Rasulullah saw mengucapkan perlahan-lahan kepada Jibrail sambil mengerang. Fatimah memejamkan mata, Ali duduk di sampingnya membungkuk terkelu. Dan Jibrail memalingkan wajahnya ketepi.

"Adakah engkau jijik melihatku sehingga memalingkan wajahmu wahai Jibrail?”. Rasulullah bertanya kepada Malaikat Jibrail. "Siapalah yang sanggup melihat kekasih Allah menghadapi sakratul maut?" kata Jibrail."Berhenti seketika," kemudian Rasulullah s.a.w berkata dlm keadaan mengerang kerana sakit yang tidak tertahan. "Ya Allah betapa besar sakartul maut ini. Himpunkanlah semua rasa sakit yang akan dihadapi oleh umatku ini dan bebankanlah ia kepadaku. Tetapi jangan kau rasakan kesakitan ini kepada meraka.”Tubuh Rasulullah saw menjadi dingin, kaki dan dadanya tidak bergerak lagi.

Dengan berlinangan air mata, Bibirnya bergetar seakan-akan dia ingin mengatakan sesuatu. Ali merapatkan telinganya dekat dengan Rasulullah s.a.w, lalu baginda berkata "Uushiikum bissalahti, wa maa malakat aimanukum" ("Peliharahlah sembahyang dan peliharalah orang-orang yang lemah di antara kamu.")

Di luar bilik, terdengar tangisan, masing-masing berteriak kuat. Sahabat saling berpelukan. Fatimah menutup wajahnya dengan tangan.

Sekali lagi, Ali memuat dekat telinganya kepada Rasulullah s.a.w dan dengan mulut yang mulai kebiruan, dan air mata bergelinang di matanya, baginda berkata: "UMMATI! UMMATI! UMMATI!" (Ummatku! Ummatku! Ummatku!) lalu baginda menghembuskan nafasnya yang terakhir.....

Betapa dalamnya cinta Rasulullah saw kepada kita sebagai umatnya. Sehingga ke hembusan nafas baginda yang terakhir, baginda masih mengingati dan risau akan nasib ummatnya.. Namun adakah kita sedar akan cinta ini?

Marilah bersama-sama kita sedar untuk mencintai Allah s.w.t dan Rasulnya s.a.w sebagai mana kasih dan sayangnya Allah s.w.t dan Rasullullah s.a.w kepada kita..

Janganlah bimbang jika ada orang yang benci dan tidak senang kepada kamu. kerana ramai lagi orang lain yang akan menyayangi dan mengasihimu.. Tetapi bimbanglah jika Allah tidak senang kepadamu.Kerana tidak ada yang lain selepas itu yang akan menyayangi dan mengasihimu, di dunia dan di akhirat..

"Allahumma shalli wasallim ‘ala Muhammad wa’ala aalihi wa ashabihi ajma’ien”

Google Maps

background