Sign In & Ucapan Salam Anda ......

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru
Moga-moga ilmu yang dicurahkan ada berkatnya... Amin

Monday, October 26, 2009

******** ANAK MURID PUN DAH BERUMAHTANGGA...

Nih nak cerita tentang perkahwinan...
Mungkin ada yang seronok bila cerita bab-bab kahwin nih..
Yela tuhan jadikan manusia tu berpasang-pasangan..
lelaki pasangannya perempuan.. itulah fitrah manusia..
Pengantin lelaki...Muhd Edzwan dan pasangannya..
saling perlu memerlukan antara satu sama lain...
Cumanya bila melayari bahtera rumahtangga tuh...
pandai-pandailah jadi pengemudinya bagi pihak lelaki..
jangan nak seronok aje.. memang la.. mula-mula kahwin tuh..
Sama padan... ensome dan anggun.. persandingan ini
berlangsung 10/10/2009 yang lepas.
semuanya manis-manis belaka... sampaikan ada orang kata..
kentut pun bau wangi.. begitulah umpama bila orang berkahwin..
Apapun diharap pasangan pengantin ini berbahagia sehingga akhir hayat
dan dianugerahkan dengan zuriat yang soleh dan solehah...aminnn...

*******TAZKIRAH 2 - RAHSIA SOLAT DIAWAL WAKTU



Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tida k asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tida k dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar s uda h mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita ;)Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar t ida k berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya / aerobik / gym . :?

Wednesday, October 21, 2009

******** PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN ****

Lama dah tak updated blog aku nih.. tak tau cerite ape nak di masukkan.. oklah.. Hari nih aku masukkan tentang keje aku sebagai seorg cikgu. Minggu nih dan seterusnya merupakan peperiksaan akhir tahun 2009 sehingga berakhirnya sesi persekolahan untuk tahun 2009. Di sini aku rakam beberapa keping gambar untuk korang nilai pelajar-pelajar sekarang nih.. Bukan budak tahun 1, tahun 6 atau tingkatan 1 atau tingkatan 5 tetapi inilah pelajar-pelajar tingkatan 6.. Perangai mereka boleh dikatakan sama seperti pelajar tahun 1 atau tingkatan 1. Mereka nih sememang kuat tidooorrrr.... Ape mereka buat kat rumah sehingga perkara seperti ini boleh berlaku.... Salah cikgunye ke atau salah emak bapak mereka.....

time exam budak2 nih boleh tidoo...

tido jugak...zzzzzzz

siap dengan botol air lagi tu...


yang ini ok..tengah perah otak menjawab soalan

yang ini pun ok jugakkk... jawab jgn tak jawab...

Yang ini anak muridku yang sentiasa memberi tumpuan perhatian semasa aku mengajar....

Wednesday, October 14, 2009

******** JOM KITA TAMBAH ILMU DENGAN MEMBACA ******

Hari nie saya nak kongsi ilmu dengan kawan-kawan tentang beberapa buah buku yang saya beli pada 2 3 bulan yang lepas. Saya rasa kawan-kawan mesti/harus memiliki buku ini sebagai koleksi peribadi yang penting untuk sumber bacaan dikala lapang. Bila dah baca... mestilah mengamalkan ilmu yang ada dalam buku tersebut. Barulah ianya memberi manfaat kepada empunya yang membaca.

Yang pertama : INDAHNAYA HIDUP BERSYARIAT. Karya Dato Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid

Harga RM 55.00

Buku ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu Ain), keluarga, masyarakat dan umat sejagat. Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu Ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hukum muamalat(jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Asas kepada ibadah kita.

Yang ke dua : MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR (VERSI BAHASA MALAYSIA) ATAU KEDAHSYATAN MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR ( VERSI INDONSIA). Karya Dr. A'idh Al Qarni, Dr. Muhammad Bin Abdurrahman Al Urafi dan Syeikh Muhammad Husain Ya'qup.



RM 10.00 - RM 15.00

Setiap kehidupan akan diakhiri dengan kematian. Tidak seorang pun tahu bilakah harinya. Ianya hadir menjemput dengan penuh misteri. Namun , ada sesuatu yang menakutkan, apakah yang akan terjadi setelah kematian ?.. Lantaran itu, setiap insan perlu bersiap sedia dan husnul khatimah harus menjadi pilihan. Untuk mengecapinya patuhilah segala perintah Allah SWT dan jauhilah segala larangannya. Buku ini memberi keinsafan dan menyeru kita untuk mengingati mati.

Yang Ke tiga: TAFSIR AL QURAN . Tulisan Dr. Ahmad Hatta, MA

RM 130.00
Karya yang sangat bermanfaat dan dinanti oleh umat untuk mempermudahkan pemahaman terhadap Al Quran. Dengan tafsir ini pembaca yang tidak faham bahasa Arab akan faham dan menikmati kebenaran dan keindahan hidayah Al Quran.Dilengkapi dengan Asbabun Nuzul dan terjemahan.

Sekian..Moga-moga kita mendapat keberkatan dengan ilmu yang disampaikan..


Saturday, October 10, 2009

******* SOALAN LATIHAN PENGAJIAN PERNIAGAAN 2



KHAS UNTUK ANAK-ANAK MURID CIKGU... KELAS 6B2 DAN 6B3.

ARAHAN : JAWAB SEMUA SOALAN BAHAGIAN A

1 . (a) Jelaskan

(i) Maksud tawaran dalam Akta Kontrak 1950. (3 M )

(ii) Elemen-elemen penting tawaran mengikut Akta Kontrak 1950. (6 M )

(b) Huraikan empat sebab yang membaw kepada penamatan tawaran berdasarkan
Akta Kontrak 1950. (8 M )

(c) Jelaskan remedi bagi kemungkiran kontrak dalam Akta Kontrak 1950. (8 M )

3. (i) Terangkan syarat pengambilan semula milikan barang oleh pemilik iaitu
s2belum pengambilan semula dan selepas pengambilan semula barang dalam
Akta Sewabeli 1967. (10 M )

(ii) Terangkan hak-hak dan tanggungan penyewa menurut Akta Sewa Beli 1967.
(8 M )

(iii) Bezakan sayarikat sendirian berhad dengan awam berhad daripada aspek
berikut :

(a) Perundangan
(b) Penjualan dan pemindahan saham.
(c) Penawaran saham.
(7 M )


3 (a) Terangkan lima liabiliti rakan kongsi dalam sesebuah perkonngsian mengikut
Akta Perkongsian 1961. (10 M )
(b) Terangkan lima cara sesebuah perkongsian boleh dibubarkan. (15 M )


4. (a) Setiap pegarah syarikat perlu mempunyai kewajipan fidusiari dan kewajiapan
menjalankan tugas dengan berskil, berhati-hati dan berusaha sewajarnya.
Terangkan kedua-dua kewajipan tersebut. (10 M )

(b) Bilakah mesyuarat agung tahunan sesebuah syarikat boleh dibuat dan
terangkan kesannya apabila mesyuarat agung gagal dilaksanakan. (5 M )

(c) Jelaskan hak-hak pekerja menurut Akta Kerja 1955. (10 M )


5. (a) (i) Apakah tujuan Akta Perhubungan Industri 1967. (3 M )

(ii) Terangkan hak dan kewajipan majikan, pekerja dan kesatuan sekerja menurut
Akta Perhubungan Industri 1967. (10 M )

(b) Terangkan tiga tindakan yang dibenarkan bagi menyelesaikan pertikaian
perdagangan antara pekerja dengan majikan mengikut Akta Perhubungan
Industri 1967. (6 M )

(c) Terangkan liabiliti Kesatuan Sekerja menurut Akta Kesatuan Sekerja 1967.
(6 M )



SELAMAT MENJAWAB...

PADA MASA INI CIKGU BERTUGAS BAGAN PINANG PORT DICKSON

Friday, October 9, 2009

***** PROGRAM PERKEMBANGAN STAFF BIL(5)******

Pada hari ini 10/10/09 Sabtu Program Perkembangan Staff Bil 5 SMK. Sungai Besar diadakan di dewan SMK Sungai Besar. Semua guru diwajibkan menghadiri kursus ini untuk menambah ilmu dalam diri masing-masing.

PENCERAMAH 1 TN. HJ. SHAROZI DAN GURU-GURU

Kursus ini dibahagikan kepada 2 slot yang di kedendalikan oleh 2 penceramah yang hebat. Untuk slot yang pertama penceramah yang diundang ialah Tn. Hj. Sharozi bin Iman (Kaunselor SMK. Sungai Sumun Perak) yang memberikan ceramah yang bertajuk " Kemuliaan Tugas seorang Guru ".
PENCERAMAH 2 EN. ZAHARI BIN HJ. RAMLAN
Manakala untuk slot yang ke 2 penceramah yang diundang ialah En. Zahari Bin Hj. Ramlan (Penolong Pengarah Strategik JPNS) yang memberikan ceramah bertajuk " Pembangunan Pengajaran Dan Pembelajaran ".
Diharapkan semua guru yang menghadiri program ini mendapat manfaat dari ceramah
yang diberikan oleh kedua-dua penceramah yang hebat ini.

Google Maps

background