SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASULULLAH
Diriwayatkan pada suatu hari, sedang baginda S.AW terbaring sakit di dalam biliknya, tiba-tiba datang seorang lelaki memberi salam " Bolehkah saya masuk? "
Beliau bertanya kepada Fatimah yang ada di situ. Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk. " Maaf, ayahku sedang sakit," kata Fatimah, dan menoleh ke belakang dan menutup pintu.Dia kembali kepada bapanya, Nabi Muhammad S.A.W. Dan baginda membuka mata dan bertanya, "Siapa yang datang wahai anakku?"
"Saya tidak tahu wahai ayahku. Ini pertama kalinya saya melihat dia," tutur Fatimah lembut."Ketahuilah satu perkara. Dia adalah orang yang menghapuskan kenikmatan sementara. Dialah juga yang memisahkan setiap pertemuan di dunia ini. Dia adalah Malaikat Maut," kata Rasulullah S.A.W.
Fatimah menunduk lalu menangis.Malaikat Maut lalu datang kepada baginda, tetapi Rasulullah S.A.W bertanya mengapa Jibrail tidak datang bersamanya.Kemudian Rasulullah menatap puterinya dengan pandangan gementar, seolah-olah ia ingin bernostalgia tentang setiap bahagian daripada raut wajah puterinya itu.
Kemudian Jibrail dipanggil. Dan ternyata Jibrail sudah bersedia untuk menyambut roh seorang nabi dan juga pemimpin sekelian alam. "Wahai Jibrail, jelaskan kepadaku tentang hak-hak saya di hadapan Allah?” Rasulullah bertanya dengan suara yang sangat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat sedang menunggu untuk menyambut rohmu. Semua syurga terbuka luas menunggu kamu".
Kata Jibrail.Namun, ternyata semua jawapan itu tidak membuat Rasulullah s.a.w lega. Matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senangkah mendengar khabar ini?" tanya Jibrail."Ceritakan kepadaku bagaimana nasib Ummatku di masa depan?". Tanya Rasulullah lagi."Jangan bimbang, wahai Rasulullah. Aku mendengar Allah s.w.t berkata:" Aku membuat Jannatul haram bagi semua orang, kecuali umat Muhammad, " kata Jibrail.Tatkala itu, masa untuk Malaikat Izrail melakukan pekerjaannya menjadi lebih dekat dan semakin hampir. Perlahan-lahan nyawa Rasulullah s.a.w ditarik.
Tampak tubuh baginda s.aw berpeluh penuh keringat dan urat lehernya menegang."Jibrail, betapa menyakitkan bila nyawa ditarik!" Rasulullah saw mengucapkan perlahan-lahan kepada Jibrail sambil mengerang. Fatimah memejamkan mata, Ali duduk di sampingnya membungkuk terkelu. Dan Jibrail memalingkan wajahnya ketepi.
"Adakah engkau jijik melihatku sehingga memalingkan wajahmu wahai Jibrail?”. Rasulullah bertanya kepada Malaikat Jibrail. "Siapalah yang sanggup melihat kekasih Allah menghadapi sakratul maut?" kata Jibrail."Berhenti seketika," kemudian Rasulullah s.a.w berkata dlm keadaan mengerang kerana sakit yang tidak tertahan. "Ya Allah betapa besar sakartul maut ini. Himpunkanlah semua rasa sakit yang akan dihadapi oleh umatku ini dan bebankanlah ia kepadaku. Tetapi jangan kau rasakan kesakitan ini kepada meraka.”Tubuh Rasulullah saw menjadi dingin, kaki dan dadanya tidak bergerak lagi.
Dengan berlinangan air mata, Bibirnya bergetar seakan-akan dia ingin mengatakan sesuatu. Ali merapatkan telinganya dekat dengan Rasulullah s.a.w, lalu baginda berkata "Uushiikum bissalahti, wa maa malakat aimanukum" ("Peliharahlah sembahyang dan peliharalah orang-orang yang lemah di antara kamu.")
Di luar bilik, terdengar tangisan, masing-masing berteriak kuat. Sahabat saling berpelukan. Fatimah menutup wajahnya dengan tangan.
Sekali lagi, Ali memuat dekat telinganya kepada Rasulullah s.a.w dan dengan mulut yang mulai kebiruan, dan air mata bergelinang di matanya, baginda berkata: "UMMATI! UMMATI! UMMATI!" (Ummatku! Ummatku! Ummatku!) lalu baginda menghembuskan nafasnya yang terakhir.....
Betapa dalamnya cinta Rasulullah saw kepada kita sebagai umatnya. Sehingga ke hembusan nafas baginda yang terakhir, baginda masih mengingati dan risau akan nasib ummatnya.. Namun adakah kita sedar akan cinta ini?
Marilah bersama-sama kita sedar untuk mencintai Allah s.w.t dan Rasulnya s.a.w sebagai mana kasih dan sayangnya Allah s.w.t dan Rasullullah s.a.w kepada kita..
Janganlah bimbang jika ada orang yang benci dan tidak senang kepada kamu. kerana ramai lagi orang lain yang akan menyayangi dan mengasihimu.. Tetapi bimbanglah jika Allah tidak senang kepadamu.Kerana tidak ada yang lain selepas itu yang akan menyayangi dan mengasihimu, di dunia dan di akhirat..
"Allahumma shalli wasallim ‘ala Muhammad wa’ala aalihi wa ashabihi ajma’ien”
Selamat Hari Guru
Moga-moga ilmu yang dicurahkan ada berkatnya... Amin
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Sunday, February 28, 2010
Tuesday, February 23, 2010
***** MANUSIA, MALAIKAT DAN SYAITAN....
Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz
Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... ..
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .....
Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!
Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?
Manusia - Azan sudah kedengaran.. .....
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.
Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..
Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ...
Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?
Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya ....rugila. ......(kalau sempatla)
Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu .....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?
Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku
.2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2
Labels:
Tazkirah
Monday, January 11, 2010
******* ZINA AKAN BERTERUSAN WALAUPUN SUDAH DIJABKABULKAN******
Emel : Azlin Abdul Rahman
Sesungguhnya, per mas alahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.
Perkahwinan seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak mengandung luar nikah, cepat-cepat dikahwinkan.
Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... ..nauzubillahimin zaliq...
Soalan 1 :

Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 :
Jawapan 1 :
Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.
Soalan 2 :
Soalan 2 :
Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 :
Jawapan 2 :
Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.
Soalan 3 :
Soalan 3 :
Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 :
Jawapan 3 :
Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.
Soalan 4 :
Soalan 4 :
Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 :
Jawapan 4 :
Mereka mesti berpisah.. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.
Soalan 5 :
Soalan 5 :
Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 :
Jawapan 5 :
Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.
Soalan 6 :
Soalan 6 :
Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 :
Jawapan 6 :
Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.
Soalan 7 :
Soalan 7 :
Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Jawapan 7 :
Jawapan 7 :
Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.
Soalan 8 :
Soalan 8 :
Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Jawapan 8 :
Jawapan 8 :
Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.
Soalan 9 :
Soalan 9 :
Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9 :
Jawapan 9 :
Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.
Kesimpulannya:
Kesimpulannya:
Ibubapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat....
Labels:
Tazkirah
Tuesday, January 5, 2010
****** PERINGATAN KPD YG LUPA MCM SAYA ******
Tiga Cahaya Di Hari Kiamat
Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.
Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama
ialah cahaya wajah-wajah manusia
yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan
dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.
Cahaya Yang kedua
Cahaya Yang kedua
ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.
Cahaya yang ketiga
Cahaya yang ketiga
ialah cahaya mereka seperti matahari.
Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam mas jid sebelum azan lagi."
Alangkah berbahagianya anda semua yang mempunyai anak lelaki
Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam mas jid sebelum azan lagi."
Alangkah berbahagianya anda semua yang mempunyai anak lelaki
dan dididik pula melaungkan azan di masjid2 maupun disurau2..
Amin.
Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni
Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni
segala dosa2 kita yang lalu dan hari ini.
Azan adalah dakwah yang paling utama sekali
kerana ianya mengajak kita membuat kebaikan
dan mengingati Allah swt.
Secara tidak sedar kita sentiasa didakwah sebanyak 5 X sehari.
Cubalah hayati setiap perkataan dan jawaplah seperti yang disarankan.
Bagi orang yang melaungkan azan pula
Bagi orang yang melaungkan azan pula
jika dia berniat untuk seluruh alam
(spt yang disarankan olih Allah kepada Nabi Ibrahim alaihisallam)
muazin itu akan mendpt pahala umat islam
seluruh alam yang bersolat pada hari itu.
Begitulah kelebihannya yang Allah beri.
ADAB MENDENGAR AZAN
Kematian itu pasti menjelma.
Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.
Cuba kita amati.
Mengapa kebanyakan orang yg nazak,
hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa..
lidahnya kelu, keras dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan,
jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri,
jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.
Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya .
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan,
Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .
Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir
tiba maka kita tidak dpt mengucap kalimah "Lailahaillallah.
yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini
ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya
menjanjikan syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon
kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah..." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin
Yarobbala'lamin.."

Thursday, December 31, 2009
*****Happy new year... 2010 - Malam pertama kita ****
Malam pertama kita
Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa
Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara
Hari itu... mem pelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...
Itulah sosok Kita....I
tulah jasad Kita waktu itu
Setelah dimandikan.. ,
Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju
Kita...Bahagian kepala.., badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...
Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah
DzikirAkad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. .
yang telah tib a duluanSiraman air mawar..
pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab
kan seluruh langkah kehidupan
Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan ketika 7 langkah telah pergi.....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh
Nikmat Kubur...Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....
Labels:
Tazkirah
Monday, December 28, 2009
***** TEMUDUGA JAWATAN KOSONG ****
SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR
TANPA SEBARANG PENGECUALIAN KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN
(khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.
TARIKH TEMUDUGA:
Biila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).
KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.
PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.
Wallahu-a'lam.
Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.
Wallahu-a'lam.
Semoga berjaya dalam temuduga ini.Sila lihat tawaran-tawaran lain sebelum menjadi jenazah
Sama2lah kita saling ingat mengingati bersama...
Labels:
Tazkirah
Monday, October 26, 2009
*******TAZKIRAH 2 - RAHSIA SOLAT DIAWAL WAKTU

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tida k asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tida k dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar s uda h mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita ;)Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar t ida k berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya / aerobik / gym . :?
Labels:
Tazkirah
Wednesday, September 9, 2009
**** TAZKIRAH 1 - KERANA SEBIJI KURMA ****
Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke mesjidil Aqsa.Untuk bekal di perjalanan, ia membeli 1 kg kurma dari pedagang tua di dekat mesjidil Haram.Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma tergeletak didekat timbangan. Menyangka kurma itu bagian dari yang ia beli, Ibrahim memungut dan memakannya.Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa. 4 Bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa.Seperti biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra. Ia shalat dan berdoa khusuk sekali. Tiba tiba ia mendengar percakapan dua Malaikat tentang dirinya."Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT," kata malaikat yang satu."Tetapi sekarang tidak lagi. doanya ditolak karena 4 bulan yg lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua di dekat mesjidil haram," jawab malaikat yang satu lagi.Ibrahim bin adham terkejut sekali, ia terhenyak, jadi selama 4 bulan ini ibadahnya, shalatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya."Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim beristighfar.Ia langsung berkemas untuk berangkat lagi ke Mekkah menemui pedagang tua penjual kurma.Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah ditelannya.Begitu sampai di Mekkah ia langsung menuju tempat penjual kurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagang tua itu melainkan seorang anak muda. "4 bulan yang lalu sayamembeli kurma disini dari seorang pedagang tua.kemana ia sekarang ?" tanya Ibrahim."Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskan pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak muda itu."Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu kepada siapa saya meminta penghalalan ?".Lantas ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak muda itu mendengarkan penuh minat."Nah, begitulah" kata ibrahim setelah bercerita,"Engkau sebagai ahli waris orangtua itu, maukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur ku makan tanpa izinnya?"."Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang.Saya tidak berani mengatas nama kan mereka karena mereka mempunyai hak waris sama dengan saya.""Dimana alamat saudara-saudaramu ? biar saya temui mereka satu persatu."Setelah menerima alamat, ibrahim bin adham pergi menemui. Biar berjauhan, akhirnya selesai juga. Semua setuju menghalakan sebutir kurma milik ayah mereka yang termakan oleh ibrahim.4 bulan kemudian, Ibrahim bin adham sudah berada dibawah kubah Sakhra.Tiba tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar lagi bercakap cakap."Itulah ibrahim bin adham yang doanya tertolak gara gara makan sebutir kurma milik orang lain.""O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia telah mendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu. Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram karena masih milik orang lain.Sekarang ia sudah bebas.""Apabila anda mempunyai teman atau saudara yang anda sayangi forward-lah e-mail ini.Oleh sebab itu berhati-hatilah dgn makanan yg masuk ke tubuh kita, sudah halal-kah? lebih baik tinggalkan bila ragu-ragu... "Pada hadits yang lain S.A.W. bersabda; ‘Siapa yang merampas hak orang Islam dengan sumpahnya, maka Allah mewajibkan dia masuk neraka dan mengharamkannya masuk surga.. Seorang laki-laki bertanya, walaupun sedikit ya Rasulullah? Nabi menjawab, walaupun sebatang kayu sugi.’ (Riwayat Muslim).
Labels:
Tazkirah
Monday, September 7, 2009
**** POSISI TIDUR MENGIKUT ISLAM DAN SAINS *****
Diriwayatkan daripada Barra2 bin 'Azib r..a: Sesungguhnya Rasulullah s..a.w bersabda:
إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن...
Maksudnya: "Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim) Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidor dengan cara yang lain adalah seperti berikut:- Tidur dengan meniarap Dr Zafir al-Attar berkata: "Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. " Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.Majalah 'Times' telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap. Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: "Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya." (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi) Abu Umamah r.a berkata: Nabi s..a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: "Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam." (Hr Ibnu Majah) Tidur menelentang Dr Zafir al-Attar berkata: Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah. Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara. Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang. Tidur mengiring ke kiri Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung. Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama. Tidur yang terbaik Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.
Rujukan: Mausuah al-I'jazil Qurani Fil Ulum wat Tib wal Falak oleh Dr Nadiah Toyyarah, Musnad Imam Ahmad dan kamus. Moga ada manfaat, Wallahuaqlam.
Amroun Bin Mustafa
Tel: 03-87692230 Fax: 03-89221087

Subscribe to:
Posts (Atom)