Sign In & Ucapan Salam Anda ......

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru
Moga-moga ilmu yang dicurahkan ada berkatnya... Amin

Thursday, June 24, 2010

**** SELAMATKAN GAZA MATLAMAT KITA *****

Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi: Mesir


Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid. Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran... "Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.

Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine … Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!! Memang sekutu kuat Amerika and Israel . (Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)

Gaza ( Palestine )



Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…Belah Fatah ada kasino! Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !
Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni). Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.
Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim….) Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..

Hamas

Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime.
Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu! Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel …punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.

Hamas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!! Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.

Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.. Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..


Israel

Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.
Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...

Rakyat Palestine


Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan. Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!
Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de. Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!

Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there…Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah. Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.

Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel .
So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..

Wasalam.

Thursday, May 20, 2010

***** MATI ****



Gambar diambil sesama jenazah sampai ke masjid Sri Petaling




Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah . Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.

Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahaja solat Asar berakhir.

Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memang terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan
dia seperti masih hidup.

Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketika menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.

Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid. Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.

Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan
berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama. Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran
pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester
panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.

Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.

Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? Adakah telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? sama-sama kita renungkan.

(Jenazah di sembahyang untuk kali ke dua di masjid Maknuriah Sungai Besar selepas solat Maghrib dan di kebumikan di tanah perkuburan Majsid Makmuriah Sg Besar)

Saturday, May 1, 2010

**** UGUTAN BUNUH TUAN GURU NIK AZIZ OLEH PEMUDA UMNO *****

Catatan oleh : Hermansamsuden


Saya terkejut membaca Facebook saya hari ini. Rakan-rakan facebook memaklumkan bahawa seorang pemuda Umno mengugut untuk membunuh Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz.Mohd Safuan Hilmi, 24 yang mengaku graduan UiTM dan kini bekerja di Syarikat Prasarana Negara Berhad membuat ugutan mahu membunuh Nik Aziz dalam komennya di satu wall perbincangan dalam facebook. ''Belum lengkap lagi sebab seekor lagi barua tak mati iaitu Nik Aziz. Tunggu aku pi bunuh Nik Aziz dulu baru lengkap. Setan tu tak layak duduk kat muka bumi ni lagi''


“Senang bunuh orang. Tikam jer. Aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz al Dajal tu”….begitulah kata-kata biadap pemuda Umno ini.

Saya minta pimpinan PAS khususnya PAS kelantan dan Tok Guru Nik Aziz sendiri membuat laporan Polis. Ini adalah satu perkara yang serius kerana jelas, Umno telah merosakan pemikiran generasi muda dan menjadikan ugutan bunuh sebagai permainan biasa. Umno harus bertanggungjawab kerana melahirkan makhluk sebiadap ini.


Saya dapati laman Facebook beliau sudah ditutup…tapi ini maklumat yang saya sempat ambil. Harap disiasat kerana kita tidak boleh memadang kecil hal ini. Kalau dibiar, nanti lebih ramai yang besar kepala dan buat ugutan serupa.

Biodata : Mohd Safuan Hilmi (Pemuda UMNO)

Komen saya... Mangkok la die nih...bodoh tak bertempat !!!!...

Tuesday, April 27, 2010

**** CINTA 14 FEB ****

cinta 14 FEB

A dik...cuma nak tanya ibu, kenapa begini jadinya? cinta Feb
Bu, adik Cuma ingin bertanya…

Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya. ..

Ibu ingat 14 feb tak
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu

Benarkah bu?


Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu

Benarkah bu?


Ibu terkhayal dengan bujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?


Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?

Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...
tapi benarkah bu?

Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?

Mengapa ibu?
Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan?

Benarkah ibu?
Benarkah begitu?


adik cuma nak tanya je bu.....

Ehsan kulaan kayuh baimbai blogspot .


Sunday, April 18, 2010

**** SELIDIKI DAHULU SEBELUM MEMBUAT TINDAKAN *****

AKU terharu baca tulisan nie.....jem kejap jiwa aku...
.we must always bersyukur....
never forget that....never....
Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah.
Sebuah kisah yang saya paparkan ini berkali-kali saya ulangi dari kisah
benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Ceritanya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat.

Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih datang lambat juga keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat.

Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan.
Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.
Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi.
Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintip ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya.

Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu
sambil menahan airmata yang mula tergenang.
“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh.
Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”

Dia terkejut dan wajahnya berubah.
“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain.
Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.”
Jawabnya “Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”
” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang.
Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu,
“Maafkan cikgu, …….”

Kejadian itu cukup menginsafkan saya.
Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.
Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras.
Kata seorang guru,
sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;
i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah.

Monday, March 1, 2010

***** ANALISIS KEPUTUSAN STPM 09 YANG CEMERLANG***

TAHNIAH !!!... Kepada semua anak murid saya yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan STPM 09 yang diumumkan baru-baru ini. Saya sebagai pendidik hanya menumpang gembira di atas kejayaan anda. Semuanya bermula dengan hasil usaha anda. Siapa yang berusaha bersungguh-sungguh merekalah yang berhak mendapat hasilnya cemerlang. Kami guru-guru hanya memberi tunjuk ajar dan motivasi.. selebihnya adalah usaha pelajar-pelajar sendiri.

Analisa keputusan STPM 09 amat memberangsangkan dimana keputusan 100% pelajar lulus. Begitu juga terdapat beberapa subjek mata pelajaran mendapat keputusan 100% iaitu bagi mata pelajaran Fizik, Biologi dan selain daripada itu beberapa mata pelajaran menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Di antaranya ialah mata pelajaran Pengajian Perniagaan (96.88%), Sains Sukan (94.44%), Sejarah (92.86%), Pengajian Am (91.76%) dan lain-lain subjek.

Analisis untuk subjek Pengajian perniagaan( subjek yang saya ajar bersama Pn. Ahdah) seramai 18 pelajar mendapat A, 18 pelajar mendapat B, 16 pelajar mendapat C dan 2 pelajar gagal F daripada 64 calon yang mengambil mata pelajaran ini. Gred purata 2.94. Manakala jumlah pelajar yang mendapat 5 prinsipal seramai 31 dan 4 prinsipal seramai 34 orang pelajar.

Disini saya senaraikan nama-nama pelajar saya yang mendapat keputusan cemerlang ini.
1. LI SIN EE 4A
2. NOR UMIRAH BT TOKIMAN 3A2B
3. AZLAILI BT AMER 2A3B
4. SITI NURUS SUFIA BT MD SOBARI 2A3B
5. TAN HOI GIA 3A1C
6. MUHAMAD NOR FADHIL SOHAIMI 2A 3B
7. NOR FAZILAH BT MOH DAUD 2A 2B 1C
8.NOR SYAZWANI BT HAMSAN 2A 2B 1C
9. KHAIRIYAH BT PUAD 2A 2B 1C
10. MOHD SYAMIN ISMAIL B MOHD SABARI 2A 2B 1C
11. SHAHRU AZNIZA MOHD SHAMSUDIN 2A 2B 1C

Inilah diantara pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang. Moga-moga mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT. Kepada pelajar-pelajar yang kurang berjaya saya nasihatkan supaya berfikir untuk melakukan perkara-perkara memberikan kebaikan kepada diri sendiri dan untuk kebaikan kehidupan pada masa akan datang. kegagalan pertama tidak bermakna gagal untuk selama-lamanya.. sekian...

Sunday, February 28, 2010

*****MAULIDUR RASULULLAH-SAYANGKU PADA NABIKU...

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASULULLAH


Diriwayatkan pada suatu hari, sedang baginda S.AW terbaring sakit di dalam biliknya, tiba-tiba datang seorang lelaki memberi salam " Bolehkah saya masuk? "

Beliau bertanya kepada Fatimah yang ada di situ. Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk. " Maaf, ayahku sedang sakit," kata Fatimah, dan menoleh ke belakang dan menutup pintu.Dia kembali kepada bapanya, Nabi Muhammad S.A.W. Dan baginda membuka mata dan bertanya, "Siapa yang datang wahai anakku?"

"Saya tidak tahu wahai ayahku. Ini pertama kalinya saya melihat dia," tutur Fatimah lembut."Ketahuilah satu perkara. Dia adalah orang yang menghapuskan kenikmatan sementara. Dialah juga yang memisahkan setiap pertemuan di dunia ini. Dia adalah Malaikat Maut," kata Rasulullah S.A.W.

Fatimah menunduk lalu menangis.Malaikat Maut lalu datang kepada baginda, tetapi Rasulullah S.A.W bertanya mengapa Jibrail tidak datang bersamanya.Kemudian Rasulullah menatap puterinya dengan pandangan gementar, seolah-olah ia ingin bernostalgia tentang setiap bahagian daripada raut wajah puterinya itu.

Kemudian Jibrail dipanggil. Dan ternyata Jibrail sudah bersedia untuk menyambut roh seorang nabi dan juga pemimpin sekelian alam. "Wahai Jibrail, jelaskan kepadaku tentang hak-hak saya di hadapan Allah?” Rasulullah bertanya dengan suara yang sangat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat sedang menunggu untuk menyambut rohmu. Semua syurga terbuka luas menunggu kamu".

Kata Jibrail.Namun, ternyata semua jawapan itu tidak membuat Rasulullah s.a.w lega. Matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senangkah mendengar khabar ini?" tanya Jibrail."Ceritakan kepadaku bagaimana nasib Ummatku di masa depan?". Tanya Rasulullah lagi."Jangan bimbang, wahai Rasulullah. Aku mendengar Allah s.w.t berkata:" Aku membuat Jannatul haram bagi semua orang, kecuali umat Muhammad, " kata Jibrail.Tatkala itu, masa untuk Malaikat Izrail melakukan pekerjaannya menjadi lebih dekat dan semakin hampir. Perlahan-lahan nyawa Rasulullah s.a.w ditarik.

Tampak tubuh baginda s.aw berpeluh penuh keringat dan urat lehernya menegang."Jibrail, betapa menyakitkan bila nyawa ditarik!" Rasulullah saw mengucapkan perlahan-lahan kepada Jibrail sambil mengerang. Fatimah memejamkan mata, Ali duduk di sampingnya membungkuk terkelu. Dan Jibrail memalingkan wajahnya ketepi.

"Adakah engkau jijik melihatku sehingga memalingkan wajahmu wahai Jibrail?”. Rasulullah bertanya kepada Malaikat Jibrail. "Siapalah yang sanggup melihat kekasih Allah menghadapi sakratul maut?" kata Jibrail."Berhenti seketika," kemudian Rasulullah s.a.w berkata dlm keadaan mengerang kerana sakit yang tidak tertahan. "Ya Allah betapa besar sakartul maut ini. Himpunkanlah semua rasa sakit yang akan dihadapi oleh umatku ini dan bebankanlah ia kepadaku. Tetapi jangan kau rasakan kesakitan ini kepada meraka.”Tubuh Rasulullah saw menjadi dingin, kaki dan dadanya tidak bergerak lagi.

Dengan berlinangan air mata, Bibirnya bergetar seakan-akan dia ingin mengatakan sesuatu. Ali merapatkan telinganya dekat dengan Rasulullah s.a.w, lalu baginda berkata "Uushiikum bissalahti, wa maa malakat aimanukum" ("Peliharahlah sembahyang dan peliharalah orang-orang yang lemah di antara kamu.")

Di luar bilik, terdengar tangisan, masing-masing berteriak kuat. Sahabat saling berpelukan. Fatimah menutup wajahnya dengan tangan.

Sekali lagi, Ali memuat dekat telinganya kepada Rasulullah s.a.w dan dengan mulut yang mulai kebiruan, dan air mata bergelinang di matanya, baginda berkata: "UMMATI! UMMATI! UMMATI!" (Ummatku! Ummatku! Ummatku!) lalu baginda menghembuskan nafasnya yang terakhir.....

Betapa dalamnya cinta Rasulullah saw kepada kita sebagai umatnya. Sehingga ke hembusan nafas baginda yang terakhir, baginda masih mengingati dan risau akan nasib ummatnya.. Namun adakah kita sedar akan cinta ini?

Marilah bersama-sama kita sedar untuk mencintai Allah s.w.t dan Rasulnya s.a.w sebagai mana kasih dan sayangnya Allah s.w.t dan Rasullullah s.a.w kepada kita..

Janganlah bimbang jika ada orang yang benci dan tidak senang kepada kamu. kerana ramai lagi orang lain yang akan menyayangi dan mengasihimu.. Tetapi bimbanglah jika Allah tidak senang kepadamu.Kerana tidak ada yang lain selepas itu yang akan menyayangi dan mengasihimu, di dunia dan di akhirat..

"Allahumma shalli wasallim ‘ala Muhammad wa’ala aalihi wa ashabihi ajma’ien”

Tuesday, February 23, 2010

***** MANUSIA, MALAIKAT DAN SYAITAN....

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... ..
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .....

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .....
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ...

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya ....rugila. ......(kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu .....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku
.2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2

Monday, January 18, 2010

******** KHASIAT MAKAN TAUGE *****

emel : Zuraida Zulkifli
Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun
makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita.
Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.
Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat.

Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)

Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus.

Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil taugeh dalam menu harian mereka.

Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran segera meninggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser.

Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.
Jadi apalagi,

JOM kita ramai-ramai makan tauge hari-hari.

Monday, January 11, 2010

******* ZINA AKAN BERTERUSAN WALAUPUN SUDAH DIJABKABULKAN******

Emel : Azlin Abdul Rahman
Sesungguhnya, per mas alahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.

Perkahwinan seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak mengandung luar nikah, cepat-cepat dikahwinkan.

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... ..nauzubillahimin zaliq...

Soalan 1 :
Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 :
Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 :
Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 :
Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 :
Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 :
Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 :
Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 :
Mereka mesti berpisah.. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 :
Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 :
Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.

Soalan 6 :
Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 :
Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 :
Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Jawapan 7 :
Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 :
Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Jawapan 8 :
Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 :
Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9 :
Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Kesimpulannya:
Ibubapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat....

Tuesday, January 5, 2010

****** PERINGATAN KPD YG LUPA MCM SAYA ******


Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.
Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama
ialah cahaya wajah-wajah manusia
yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan
dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.
Cahaya Yang kedua
ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga
ialah cahaya mereka seperti matahari.
Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam mas jid sebelum azan lagi."

Alangkah berbahagianya anda semua yang mempunyai anak lelaki
dan dididik pula melaungkan azan di masjid2 maupun disurau2..
Amin.

Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni
segala dosa2 kita yang lalu dan hari ini.
Azan adalah dakwah yang paling utama sekali
kerana ianya mengajak kita membuat kebaikan
dan mengingati Allah swt.
Secara tidak sedar kita sentiasa didakwah sebanyak 5 X sehari.
Cubalah hayati setiap perkataan dan jawaplah seperti yang disarankan.
Bagi orang yang melaungkan azan pula
jika dia berniat untuk seluruh alam
(spt yang disarankan olih Allah kepada Nabi Ibrahim alaihisallam)
muazin itu akan mendpt pahala umat islam
seluruh alam yang bersolat pada hari itu.
Begitulah kelebihannya yang Allah beri.
ADAB MENDENGAR AZAN

Kematian itu pasti menjelma.
Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.
Cuba kita amati.
Mengapa kebanyakan orang yg nazak,
hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa..
lidahnya kelu, keras dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan,
jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri,
jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.
Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya .
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan,
Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .
Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir
tiba maka kita tidak dpt mengucap kalimah "Lailahaillallah.
yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini
ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya
menjanjikan syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon
kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah..." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin
Yarobbala'lamin.."

***** DI MANA BOLEH CARI RAMAI MELAYU******

19 Muharram 1431H
Email : yamin saman

Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu?

Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ

Kenapa Melayu jadi begitu?

Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu
Dan suka sanggat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
Boleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
Al Quran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu



Thursday, December 31, 2009

*****Happy new year... 2010 - Malam pertama kita ****

Malam pertama kita

Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa
Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara
Hari itu... mem pelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...
Itulah sosok Kita....I
tulah jasad Kita waktu itu
Setelah dimandikan.. ,
Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju
Kita...Bahagian kepala.., badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...
Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah
DzikirAkad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. .
yang telah tib a duluanSiraman air mawar..
pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab
kan seluruh langkah kehidupan
Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan ketika 7 langkah telah pergi.....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh
Nikmat Kubur...Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....

Monday, December 28, 2009

***** TEMUDUGA JAWATAN KOSONG ****


SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR
TANPA SEBARANG PENGECUALIAN KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN
(khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.
TARIKH TEMUDUGA:
Biila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).
KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.
PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.Ia diberi nama Izrail.
TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.
Wallahu-a'lam.

Semoga berjaya dalam temuduga ini.Sila lihat tawaran-tawaran lain sebelum menjadi jenazah
Sama2lah kita saling ingat mengingati bersama...

Thursday, December 17, 2009

******* The Benefits of Solah in Scientific Ways

KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.
SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian.
Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.
Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?
Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia.
Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.
Ng Siew Chok memakaikan topi elektrod untuk mengkaji gelombang otak.
Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.
Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.
Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan.
Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.

SOLAT terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.

"Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh," katanya.
Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains' terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris.
Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM.
Seorang doktor perubatan dari Indonesia , Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud.
Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.
Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.
Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu.
Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama.
"Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran," katanya.
Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu.
Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit.
Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.
Sembahyang juga boleh rawat penyakit kritikal

Prof Dr Wan Abu Bakar (kanan) bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok bersama buku mengenai rahsia solat dari segi sains.

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.
Berita Minggu mendapatkan pandangan setiap pengkaji mengenai hasil kajian masing-masing.
Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot
Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.
Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.
"Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh," katanya.

Dr Fatimah meneliti kertas bacaan ujian yang keluar dari alat analisis penyepadanan bio.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.
Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.
Ng Siew Chok - Isyarat Otak
Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.
"Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya
Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.
" Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah," katanya.
Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.
Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.
Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.
Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh
Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.
Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.
"Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain," katanya.
Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.
Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.
Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.
"Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.
"Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif," katanya.
Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.
Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.
Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.
Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.
Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.
Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.
"Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat," katanya.
Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.
Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.
"Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal," katanya.
Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit
Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.
"Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya.
Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.
Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.


Wednesday, December 2, 2009

**********KAMPUNGKU BANJIR*******

Sebelum dan semasa banjir menenggelamkan sawah padi.

Beginilah dugaan Allah untuk hamba-hambaNya. Samaada mereka boleh bersabar atau tidak dengan dugaan yang Allah berikan. Ia sebenarnya memberikan petunjuk bahawa semua perkara yang terjadi ada hikmah dan pengajaran disebalik apa jua perkara yang berlaku untuk kita mengambil iktibar. Tanah runtuh, banjir besar, tsunami, kemarau, dan lain-lain adalah menunjukkan kebesaran Allah. Dia boleh mendatangkan apa sahaja g bencana dan malapetaka kepada manusia supaya sedar akan Kekuasaan Allah.

Keadaan sawah setelah air beransur-unsur surut

Baru-baru ini kampungku dilanda banjir yang menenggelamkan sebahagian besar sawah padi dan rumah-rumah penduduk kampung. Tanaman padi baru berumur 1- 2 bulan ditenggelami air umpama sebuah lautan. Bahagian rumah bawah juga tenggelam, tetapi tidaklah seteruk mangsa banjir Kedah, Kelantan dan Terengganu. Punca kejadian ini adalah disebabkan oleh sistem saliran air yang tidak baik. Apabila hujan turun berterusan, air tidak mampu disalirkan dengan baik maka kuantiti air akan memenuhi sawah padi sebelum ia surut beransur-ansur memakan masa 5- 10 hari untuk kering sepenuhnya.

Keadaan rumah pusaka setelah 4 hari banjir

Disebabkan bencana ini , penduduk kampung mengalami kerugian kerana tanaman padi sebagai sumber rezeki utama musnah. Ini menyebabkan hasil tidak dapat diambil akibat tanaman padi rosak dan maati. Diharapkan ada pihak kerajaan dan agensi tertentu membantu petani-petani ini.

Keadaan sawah padi musnah setelah banjir surut

Semoga dugaan dari Allah ini memberi pengajaran dan hikmah hamba-hambaNya..

Monday, November 30, 2009

****** ***MAJLIS KORBAN SEMPENA EIDUL ADHA ****

Lembu-lembu siap sedia untuk dikorbankan
Majlis korban sempena Eidul Adha Masjid Makmuriah Sungai Besar diadakan pada hari sabtu 27hb Nov 2009 iaitu sehari selepas sambutan Hari Raya Eidul Adha. Ini kerana hari raya pada tahun ini jatuh pada hari jumaat. Disebabkan kesuntuhan masa dimana masjid mengadakan solat sunat Eidul Adha pada jam 8.30 pagi dan diikuti solat fardu jumaat, maka majlis korban binatang di tangguhkan pada hari sabtu.

Petugas-petugas sedang mengheret lembu ke tempat penyembelihan
Majlis korban sempena Eidul Adha Masjid Makmuriah Sungai Besar diadakan pada hari sabtu 27hb Nov 2009 iaitu sehari selepas sambutan Hari Raya Eidul Adha. Ini kerana hari raya pada tahun ini jatuh pada hari jumaat. Disebabkan kesuntuhan masa dimana masjid mengadakan solat sunat Eidul Adha pada jam 8.30 pagi dan diikuti solat fardu jumaat, maka majlis korban binatang di tangguhkan pada hari sabtu.

Lembu siap sedia untuk disembelih
Pada tahun ini pihak masjid menerima sebanyak 10 ekor lembu untuk majlis korban. Lembu-lembu ini disumbangkan oleh ahli-ahli kariah masjid Makmuriah untuk dikorbankan sempena hari raya Eidul Adha mengikut bahagian masing-masing. Semua ahli kariah masjid makmuriah dijemput untuk hadir untuk menjayakan majlis ini.

Kerja-kerja melapah kulit lembu
Walaupun pada pagi hari sabtu tersebut hujan telah turun dengan lebatnya, tetapi tidak melemahkan semangat petugas-petugas untuk menjalankan tugas yang telah diamanahkan oleh pihak masjid. Bermula dari menumbangkan lembu untuk disembelih, melapah kulit, memotong daging, menimbang, memotong tulang-tulang dan mengagihkan kepada seluruh ahli kariah masjid makmuriah berjalan dengan lancar sekali.
Pembungkusan daging dan memotong tulang lembu
Saya bagi pihak masjid Makmuriah Sungai Besar mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli kariah masjid yang hadir untuk menjayakan majlis korban tersebut. Moga-moga amalan yang baik ini dapat diteruskan untuk tahun-tahun yang akan datang.

Friday, November 13, 2009

********* CILI PUN DAH BERSUNAT****

Sekarang ni macam-macam perkara boleh berlaku.. kalau dahulu kita tidak terfikir pun ianya menjadi kenyataan. Manusia sekarang ini mampu merubah kejadian tuhan... Dari warna hitam menjadi warna putih dengan memakan tempe aje... dari bentuk bulat menjadi bersegi-segi (buah tembikai).. dari kulit berwarna hitam menjadi kulit pituh... (Micheal Jakson). Begitulah manusia yang tidak pernah puas dengan kejadian tuhan...

Yang tebaru... cuba kita lihat dua gambar ini.. Gambar buah cili merah.. atau sekarang ini ia dinamakan Peter Pappers(orang yang cipta)...Chilli Willy atau Panis Chilli atau dalam Bahasa Malayu Cili Sunat... Ianya berasal dari Louisiana n Taxes Amerika Syarikat.. Orang putih pun tahu kebaikan bersunat nih.. sampaikan buah cili pun bersunat.. tetapi orang menghasilkannya entah bersunat atau tidak.. sendiri jawab lahhh beb!!!...

Agak-agak lah kalau kita dapat beli atau taman cili ini... rasa-rasanya tak loya ke tekak makan cili nih... mengikut sumber cili ini boleh membesar panjang sehingga 18 inci... hebat bukannn!!!....
kita tunggulah... mana tau sedikit masa lagi ia akan dipasarkan di Malaysia...
Sekil0 berapa RM.... Errmmm....10 - 20 HENGGEETT gituuu.....

Monday, October 26, 2009

******** ANAK MURID PUN DAH BERUMAHTANGGA...

Nih nak cerita tentang perkahwinan...
Mungkin ada yang seronok bila cerita bab-bab kahwin nih..
Yela tuhan jadikan manusia tu berpasang-pasangan..
lelaki pasangannya perempuan.. itulah fitrah manusia..
Pengantin lelaki...Muhd Edzwan dan pasangannya..
saling perlu memerlukan antara satu sama lain...
Cumanya bila melayari bahtera rumahtangga tuh...
pandai-pandailah jadi pengemudinya bagi pihak lelaki..
jangan nak seronok aje.. memang la.. mula-mula kahwin tuh..
Sama padan... ensome dan anggun.. persandingan ini
berlangsung 10/10/2009 yang lepas.
semuanya manis-manis belaka... sampaikan ada orang kata..
kentut pun bau wangi.. begitulah umpama bila orang berkahwin..
Apapun diharap pasangan pengantin ini berbahagia sehingga akhir hayat
dan dianugerahkan dengan zuriat yang soleh dan solehah...aminnn...

*******TAZKIRAH 2 - RAHSIA SOLAT DIAWAL WAKTU



Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tida k asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tida k dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar s uda h mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita ;)Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar t ida k berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya / aerobik / gym . :?

Google Maps

background