Sign In & Ucapan Salam Anda ......

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru
Moga-moga ilmu yang dicurahkan ada berkatnya... Amin

Tuesday, June 30, 2009

***** INSAN YANG BERNAMA LELAKI******

LELAKI
Semalam aku berjumpa dgn seseorang berpangkat 'abang' yang telah memberiku satu pengetahuan tentang perjalanan kehidupan insan bernama LELAKI. Katanya, LELAKI pada usia 25~30 adalah dalam proses mencari pasangan hidup & mendirikan rumahtangga. Pada usia LELAKI 30~35 dia mula memikirkan tentang bagaimana untuk memajukan diri dalam kerjaya, membina keluarga yang sempurna, memiliki aset untuk masa hadapan. Manakala pada usianya 35~40, LELAKI sudah mula tercari-cari ke mana hala tuju hidupnya yang sebenar, adakah selamanya dia perlu 'enjoy life' dengan meneruskan gaya hidup bebas yang tiada kesudahan, atau dia perlu mula mendekatkan diri kepada ALLAH Yang Maha Esa dimana di situlah tempat yang sebenar-benarnya dia sebagai hamba di muka bumi ini. Renung2kanlah wahai insan bernama LELAKI...Kerana anda adalah KETUA...Muhasabah diri.

Adakah benar tanggapan orang bahawa ....

Life is begin 40's ???? -

Monday, June 29, 2009

**** PERMAINAN TRADISI MELAYU****

SALAM...

Kawan-kawan nak tau tak permainan yang dikatakan permainan tradisi masyarakat melayu pada zaman dahulu...Dalam buku Sejarah Melayu telah ditulis yang mana Sultan Muhammad bermain sepak raga
iaitu asas kepada permainan sepaktakraw.
Sekali peristiwa Raja Muhammad pergi bermain-main berkuda di kampong Bendahara Paduka Raja. Adapun kepada masa itu Tun Besar anak Bendahara bermain sepakraga di lebuh dengan segala orang muda-muda. Maka Raja
Muhammad pun lalu, Tun Besar tengah sedang menyepak raga, maka raga itu pun menimpa destar Raja Muhammad , jatuh ke tanah. Maka kata Raja Muhammad, “Jatuh destar kita oleh Tun Besar”, sama ia memandang perjawatnya .....................
Muka surat 110 – Sejarah Melayu – Cetera ke 18


Permainan sepakraga (kemudian dipanggil sepakraga jaring, sepakraga kandang dan kini sepaktakraw) ialah sejenis permainan asli orang-orang Melayu sejak zaman dahulu kala. Permainan ini sering digubal dan dipinda mengikut peredaran masa.

Asal permainan ini di zaman dulu kala ialah secara timang bulatan dan mata dikira
berdasarkan jumlah timangan. Pasukan atau pemain yang melakukan timangan terbanyak layak bergelar juara.
Bermula dalam tahun 1945, satu perkembangan terbaru ujud dalam permainan sepaktakraw di mana jala/jaring digunakan. Peristiwa ini akan dijelaskan dalam artikel berkaitan dengannya.Ianya berlaku dalam penghujung tahun 1945.Tempatnya di Pulau Pinan.Beberapa orang pemain terdiri daripada pemuda-pemuda Melayu. Diantaranya ialah Mohamad bin Abd Rahman dari Jalan Hatin, Abdul Hamid Maidin dari Jalan
Patani dan Yaacob Sayed dari Sungai Pinang.


Mereka telah berpakat bagi mengadakan pertunjukan sepakraga jala/jaring berpandukan kepada permainan badminton tetapi diubahsuai di mana perlu.Permainan dijalankan di kawasan Hospital Haiwan Jalan Hatin dan mendapat sambutan meriah daripada para penonton. Kemudian permainan ini telah merebak
ke seluruh Pulau Pinang.


Nama Sepaktakraw ujud pada 19 Disember 1965. Sukan yang menggunakan bola rotan itu asalnya dipanggil sepakraga di negara ini. Sepaktakraw lahir sempena dengan Sukan SEAP ke 3 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada tahun 1965. Inilah pertama kali sukan ini dipertandingkan di peringkat Sukan Asia Tenggara ini.Sebelum diterima sebagai salah satu acara dalam Sukan SEAP, perbincangan hangat telah berlaku di antara negara-negara yang turut serta tentang nama yang akan digunakan untuk permainan ini, samada akan menggunakan nama Sepakraga Jaring atau Takraw.

Malaysia dan Singapura mahukan nama “Sepakraga Jaring” sedangkan Thailand dan Burma kuat dengan hujjahnya untuk menggunapakai nama “Takraw”. Setelah bertolak ansur, YB Encik Khir Johari yang merupakan YDP Persekutuan Sepakraga Jaring Malaysia ketika itu merangkap seorang ahli Majlis Tertinggi Sukan SEAP mencantumkan kedua-dua nama yang dicadangkan, yaitu mengambil “Sepak” daripada “Sepakraga Jaring” bagi pihak Malaysia dan Singapura, dengan “Takraw” daripada Thailand dan Burma. Lalu bercantumlah menjadi “SEPAKTAKRAW”. Atas persetujuan daripada semua pihak maka nama Sepaktakraw itu diterima dan kekal sehingga sekarang.


Untuk pengetahuan kawan-kawan permainan ini adalah sukan yang saya amat minati dan saya mula bermain semenjak berumur 10 tahun. Saya telah menjawat jawatan Pengerusi Teknik Permainan Sepaktakraw MSSD Sabak Bernam dan pernah menjadi jurulatih sepaktakraw MSS negeri Selangor.

Sunday, June 28, 2009

***LAWATAN KE SK. BANDAR ANGGERIK SHAH ALAM MENARIK*****

Salam sejahtera...


Pada tanggal 23 Jun 2009 yg lepas, kami Guru-guru KS SPBT dan Ahli kelab SPBT 10 Sekolah menengah/rendah Sabak Bernam telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Sekolah Rendah Bandar Aggerik Shah Alam. Seramai 12 org guru dan 28 orang pelajar dari 10 buah sekolah rendah dan menengah mengikuti program lawatan ini. Sekolah ni cemerlang dan memenangi beberapa pertandingan peringkat daerah, negeri dan juga kebangsaan.

Contohnya menang perngkat kebangsaan pertandingan Bilik BOSS, 3K dan lain-lain. Inilah berkat kerjasama di antara guru-guru dan pelajar yang mahukan kecemerlangan.. seperti kata pepatah... Sepakat membawa berkat... ringan sama dijinjing berat sama dipikul.. Kejayaan pasti akan dicapai bila wujud kerjasama diantara
pentadbir, guru-guru dan pelajar sekolah berkenaan...
Syabas kami ucapkan kepada sekolah berkenaan...
SK Bandar Anggerik Bolehhhh...
kenapa sekolah anda tidak....................

Tuesday, June 23, 2009

******SUKANEKA PASTI KAW. SABAK BERNAM MERIAH*******

Salam sejahtera....
Pada 21Jun 2009 yang lepas Dewan Pemuda Pas Kawasan Sabak Bernam telah mengadakan Sukanneka Tadika Pasti di Kompleks Sukan Sabak Bernam. Wah... meriah sungguh acara yang diadakan pada hari tu. Berbagai acara diadakan untuk budak-budak tadika tersebut. saya bertugas sebagai hakim lorong. acara bermula pada pukul 8.00 pagi dan tamat jam 1.00 petang. berpanaslah kami pegawai-pegawai dan budak-budak tadika Pasti untuk menjayakan sukaneka tersebut... Semua peserta dapat hadiah...

******17 BEKAS PELAJAR KELAS 6A1 SMK.SG. BESAR MASUK UNIVERSITI

Pelajar Kelas 6A1 tahun 2008

TAHNIAH!!!!....
Saya selaku guru kelas Tingkatan 6A1 tahun 2008 mengucapkan SYABAS DAN TAHNIAH di atas kejayaan pelajar-pelajar kelas ini melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS. Daripada 26 pelajar( 19 pelajar cina+ 7 pelajar Melayu), seramai 17 orang pelajar telah berjaya memasuki IPTA/IPTS. Di sini saya senaraikan nama pelajar/kursus yang diambil dan tempat belajar.


1. LEONG CHONG FEI - FAKULTI EKONOMI - UPM.
2. HING SHU YING - FAKULTI PENGURUSAN - USM.
3. CHIA SIOW HARN - FAKULTI PENDIDIKAN TESL - UKM
4. TAN YIK YEON - FAKULTI KEUSAHAWAAN - UUM
5. CHIA SIA HIANG - FAKULTI PENGURUSAN - UTM.
6. KEE CHEOK YONG - FAKULTI PERNIAGAAN ANTARABANGSA- UUM
7. HENG HUANG CHING - FAKULTI KEWANGAN - UUM.
8. HENG ANG CHOON- FAKULTI KEWANGAN - UUM.
9. THAM SAW CHANG - FAKULTI EKONOMI - UUM.
10 .CHIA SOCK KIANG - FAKULTI EKONOMI - UUM.
11. CHIA KEAH BOON - FAKULTI PENGURUSAN PERNIAGAAN - UUM
12. KEE JIA QIE- FAKULTI TEKNOLOGI AUTOMOTIF - THE AUTOMOTIF COLLEGE.
13. NURUL NAFISAH MUSFA - FAKULTI EKONOMI - UM
14. NOR FADILHAH SAID - FAKULTI PENGURUSAN SUKAN - UITM
15. NOR ASMAH DOLLAH - FAKULTI SAINS SOSIAL - UMS.
16. NOR AFIDAH HANUM SANUSI - FAKULTI MASS COM - UITM.
17. NORAZIERAH (BELUM DAPAT MAKLUMAT) - UITM

KEJAYAAN INI SEBENARNYA DATANG DARI USAHA PELAJAR SENDIRI. SAYA SEBAGAI GURU HANYA MENUMPANG GEMBIRA DI ATAS KEJAYAAN MEREKA. MOGA-MOGA INI MEMBERI GALAKAN DAN MOTIVASI KEPADA ADIK-ADIK YANG BERADA DI TINGKATAN ATAS SEKARANG...

*****SEKOLAH KE-3 DITUTUP KEKANG H1N1*****



Sebuah lagi sekolah ditutup selama seminggu bagi mengekang penularan tempatan wabak selesema A (H1N1), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.Sebuah bilik darjah Seri Cempaka International School di Batu 9 Cheras semalam diarah ditutup apabila pelajarnya dijangkiti wabak tersebut.

Dua lagi kes tempatan dan lapan kes import disahkan hari ini, menjadikan jumlah kesemuanya kes influenza A (H1N1) di seluruh negara meningkat kepada 69 kes, lapor Bernama.SRJK(C) Jalan Davidson, Kuala Lumpur dan SRK Assunta 2, Petaling Jaya telah ditutup masing-masing pada Ahad dan semalam.Sementara tiga lagi sekolah diarah menutup masing-masing satu kelas: SMK Seksyen 9 di Shah Alam, SMK Damansara Utama di Petaling Jaya dan SM Wangsa Maju di Kuala Lumpur.Malaysiakini/-

Monday, June 22, 2009

****Pakatan sepakat tolak k'jaan perpaduan*****


Berita dari Malaysiakini..

Jun 22, 09 3:39pm

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sepakat menolak perbincangan kerajaan perpaduan dengan Umno atau Barisan Nasional, demikian diputuskan dalam suatu mesyuarat petang ini.Pemimpin tiga parti tersebut PKR, DAP dan PAS mengulangi pendirian mereka untuk meneguhkan kerjasama dalam gabungan pembangkang dengan hasrat mengambil alih kerajaan persekutuan suatu masa nanti.Kenyataan bersama mereka ditandatangani oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh utama DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Saturday, June 20, 2009

******CUTI SEKOLAH PENGGAL PERTAMA*****

SALAM..



CUTI SEKOLAH YANG LALU KORANG JALAN-JALAN PI MANA... SAYA DAN FAMILY ADA LAH JALAN-JALAN UNTUK SEJUKKAN BADAN GI GENTING HIGHLAND. SAJA BAWA ANAK-ANAK BERCUTI DI SANA 2 HARI 1 MALAM DOK HOTEL...

********NASI AMBENG********

Salam..


Ni nak cerita pasal Nasi Ambeng. Saya ni bukannya tau sangat mengenai makanan tradisonal masyarakat Jawa. Maklumlah saya keturunan Banjar Wanek. Tapi berlaku satu peristiwa yang saya rasa hampir 40 tahun saya hidup di dunia ni, inilah kali pertama saya menghadiri kenduri arwah di mana hidangan jamuannya adalah nasi ambeng.


Baiklah... acara kenduri arwah kat kampung saya ni macam biasalah... membaca ayat suci Al Quran, bertahlil dan berdoa. Tang bab makan nilah yang lain macam sikit iaitu hidangannya adalah nasi ambeng. Teman-teman boleh saksikan melalui gambar-gambar yang saya poskan ni. Agak pelik sikit. Nasi dan lauk-lauknya diletakkan di dalam talam dan beralaskan daun pisang. Juga disediakan plastik untuk membungkus makanan kalau kita tak nak makan di rumah kenduri tersebut. Bolehlah dibungkus nasi dan lauk tersebut untuk dibawa pulang. Boleh lah saya makan pula dengan anak beranak.

Ini merupakan pengalaman pertama saya menghadiri kenduri yang jamuannya disediakan mengikut tradisi masyarakat jawa... Walaupun sebenarnya isteri saya berketurunan jawa. Best jugak dapat makan stail ni.. sendiri mau ingat lahh.. sebenarnya yang best dapat makan freeee... hehehehee...

Friday, June 19, 2009

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN BIL. 4




SALAM...

HARI NI 20 JUN 2009.. SMK. SUNGAI BESAR TELAH MENGADAKAN KURSUS MEMBUAT BLOG. MAKA TERKIAL-KIAL LAH GURU-GURU YANG BUTA KOMPUTER DAN INTERNET BELAJAR MEMBUAT BLOG MASING-MASING.. AKU YANG TAU SIKIT-SIKIT TENTANG BLOG NIH JADI BAHAN DEPA BERTANYA.. HEHEHEE.. TAK CAYA TENGOK GAMBAR-GAMBAR NIH.

Thursday, June 18, 2009


Salam kenal daripada saya....

Google Maps

background