Sign In & Ucapan Salam Anda ......

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru
Moga-moga ilmu yang dicurahkan ada berkatnya... Amin

Monday, June 29, 2009

**** PERMAINAN TRADISI MELAYU****

SALAM...

Kawan-kawan nak tau tak permainan yang dikatakan permainan tradisi masyarakat melayu pada zaman dahulu...Dalam buku Sejarah Melayu telah ditulis yang mana Sultan Muhammad bermain sepak raga
iaitu asas kepada permainan sepaktakraw.
Sekali peristiwa Raja Muhammad pergi bermain-main berkuda di kampong Bendahara Paduka Raja. Adapun kepada masa itu Tun Besar anak Bendahara bermain sepakraga di lebuh dengan segala orang muda-muda. Maka Raja
Muhammad pun lalu, Tun Besar tengah sedang menyepak raga, maka raga itu pun menimpa destar Raja Muhammad , jatuh ke tanah. Maka kata Raja Muhammad, “Jatuh destar kita oleh Tun Besar”, sama ia memandang perjawatnya .....................
Muka surat 110 – Sejarah Melayu – Cetera ke 18


Permainan sepakraga (kemudian dipanggil sepakraga jaring, sepakraga kandang dan kini sepaktakraw) ialah sejenis permainan asli orang-orang Melayu sejak zaman dahulu kala. Permainan ini sering digubal dan dipinda mengikut peredaran masa.

Asal permainan ini di zaman dulu kala ialah secara timang bulatan dan mata dikira
berdasarkan jumlah timangan. Pasukan atau pemain yang melakukan timangan terbanyak layak bergelar juara.
Bermula dalam tahun 1945, satu perkembangan terbaru ujud dalam permainan sepaktakraw di mana jala/jaring digunakan. Peristiwa ini akan dijelaskan dalam artikel berkaitan dengannya.Ianya berlaku dalam penghujung tahun 1945.Tempatnya di Pulau Pinan.Beberapa orang pemain terdiri daripada pemuda-pemuda Melayu. Diantaranya ialah Mohamad bin Abd Rahman dari Jalan Hatin, Abdul Hamid Maidin dari Jalan
Patani dan Yaacob Sayed dari Sungai Pinang.


Mereka telah berpakat bagi mengadakan pertunjukan sepakraga jala/jaring berpandukan kepada permainan badminton tetapi diubahsuai di mana perlu.Permainan dijalankan di kawasan Hospital Haiwan Jalan Hatin dan mendapat sambutan meriah daripada para penonton. Kemudian permainan ini telah merebak
ke seluruh Pulau Pinang.


Nama Sepaktakraw ujud pada 19 Disember 1965. Sukan yang menggunakan bola rotan itu asalnya dipanggil sepakraga di negara ini. Sepaktakraw lahir sempena dengan Sukan SEAP ke 3 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada tahun 1965. Inilah pertama kali sukan ini dipertandingkan di peringkat Sukan Asia Tenggara ini.Sebelum diterima sebagai salah satu acara dalam Sukan SEAP, perbincangan hangat telah berlaku di antara negara-negara yang turut serta tentang nama yang akan digunakan untuk permainan ini, samada akan menggunakan nama Sepakraga Jaring atau Takraw.

Malaysia dan Singapura mahukan nama “Sepakraga Jaring” sedangkan Thailand dan Burma kuat dengan hujjahnya untuk menggunapakai nama “Takraw”. Setelah bertolak ansur, YB Encik Khir Johari yang merupakan YDP Persekutuan Sepakraga Jaring Malaysia ketika itu merangkap seorang ahli Majlis Tertinggi Sukan SEAP mencantumkan kedua-dua nama yang dicadangkan, yaitu mengambil “Sepak” daripada “Sepakraga Jaring” bagi pihak Malaysia dan Singapura, dengan “Takraw” daripada Thailand dan Burma. Lalu bercantumlah menjadi “SEPAKTAKRAW”. Atas persetujuan daripada semua pihak maka nama Sepaktakraw itu diterima dan kekal sehingga sekarang.


Untuk pengetahuan kawan-kawan permainan ini adalah sukan yang saya amat minati dan saya mula bermain semenjak berumur 10 tahun. Saya telah menjawat jawatan Pengerusi Teknik Permainan Sepaktakraw MSSD Sabak Bernam dan pernah menjadi jurulatih sepaktakraw MSS negeri Selangor.

No comments:

Post a Comment

Google Maps

background