Sign In & Ucapan Salam Anda ......

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru
Moga-moga ilmu yang dicurahkan ada berkatnya... Amin

Tuesday, July 7, 2009

****KETENANGAN SUMBER KEBAHGIAAN****


Ketenangan jiwa adalah sumber bagi kebahagiaan. Seseorang individu tidak akan mengalami perasaan yang bahagia sekiranya jiwanya tidak tenang.

Hakikat perjalanan hidup yang dilayari, semakin jauh direntasi maka semakin banyak peristiwa yang dihadapi. Banyak persoalan kehidupan yang menyebabkan manusia merasa bimbang, resah dan gundah. Tanggung jawab juga semakin banyak yang perlu dilaksanakan dan menyebabkan pemikiran manusia perlu memikirkan bagaimana ia perlu dilaksanakan selain persoalan-persoalan yang perlu dijawab. Setiap individu secara relatifnya memiliki banyak tanggungjwab berbanding dengan nisbah kemampuannya dari segi tenaga, masa dan material.

Secara logiknya, apabila berhadapan dengan banyak persoalan dan tanggungjawab yang perlu diselesaikan tentulah seseorang itu sukar untuk mempunyai jiwa yang tenang. Selagi tanggungjawab tersebut tidak diselesaikan secara lumrahnya agak mustahil untuk dia merasa tenang. Walau bagaimanapun, kita memaklumi bahawa selagi manusia itu tidak berhenti bernafas, selagi itulah masih wujud perkara yang perlu difikirkan dan diselesaikan. Maka di sini timbul persoalan, bagaimanakah seseorang manusia boleh memiliki ketenangan jiwa saudara?

Adakah harta kekayaan, kemasyhuran atau segala nikmat yang wujud di dunia ini boleh menjadi mekanisme yang baik bagi seseorang manusia dapat memiliki ketenangan jiwa? Sebenarnya, semuanya ini memang memungkinkan. Ia berlaku apabila semua kelebihan dan kebaikan ini diurus dengan baik dan dibelanjakan dengan cara yang diredai Allah. Cuma lumrahnya, harta kekayaan yang dimiliki lebih menjadi suatu dugaan kepada seseorang. Apabila seseorang berhadapan dengan sesuatu dugaan tentulah lazimnya hatinya akan keresahan, seperti seseorang yang berada dalam peperangan. Dia mungkin menang di dalam dugaan tersebut, dan barangkali juga dia kecundang.

Ketenangan jiwa yang hakiki sebenarnya adalah anugerah yang diturunkan oleh Allah s.w.t. dan terserap ke dalam hati-hati orang yang beriman. Ketenangan jiwa bagi orang-orang yang beriman menjadikan mereka mempunyai hati yang teguh dan mantap berbanding dengan orang lain yang mengalami kegoncangan perasaan. Gabungan ketenangan dan keimanan yang terletak di dalam hati seseorang akan mewujudkan keyakinan yang tinggi pada ketika orang lain mengalami perasaan ragu-ragu dan syak wasangka. Gabungan ini juga akan menghasilkan kesabaran dan ketabahan yang jitu pada ketika orang lain mengalami keluh kesah.

Ketenangan seperti inilah yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. ketika baginda berhijrah bersama sahabat baginda Saydina Abu Bakar Al-Siddiq. Tidak ada perasaan cemas, berduka cita, kebimbangan atau sebagainya. Dan keadaan mereka berdua ini disebut dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah telah menolongnya (Muhammad), ketika orang-orang kafir mengusirnya, mereka hanya berdua sahaja ketika mereka berada di dalam gua. Pada kala itu dia berkata kepada temannya: Janganlah engkau bersedih hati, sesungguhnya Allah bersama kita."

No comments:

Post a Comment

Google Maps

background