l
Al Quran, Surah Al Baqarah Ayat 183 Yang bermaksud... Wahai orang-orang yang beriman, Diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.Antara ahli panel forum
Ayat ini menjelaskan supaya orang-orang yang beriman diperintahkan berpuasa pada bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat banyak keistimewaannya yang dikurniakan Allah kepada umat manusia. Maka kita sebagai hambaNya MESTI lah merebut peluang sebanyak-banyaknya untuk melakukan ibadah wajib dan sunat pada bulan ini.
Pengagihan bubur lambuk
Bercerita tentang bulan Ramadhan ini.. berbagai-bagai aktiviti yang boleh dicoretkan untuk renungan dan iktibar. Di masjid Makmuriah Sg. Besar berbagai aktiviti diadakan seperti tadarus Al Quran, Majlis berbuka puasa, bubur lambuk, tazkirah zuhur, sebelum solat tarawih dan subuh, qiyammulail dan sebagainya. Semuanya diadakan semata-mata untuk menggandakan amalan dalam bulan Ramadhan ini.
Bubur Lambuk
Saya mengingatkan diri saya dan rakan-rakan supaya ambillah kesempatan untuk menggandakan amalan di dalam bulan yang mulia ini. Moga-moga amalan kita ini diterima oleh Allah SWT.. Amin.
No comments:
Post a Comment